Mesej Utama 6
 
Saranan Utama 1

Makan ikan lebih kerap, jika boleh setiap hari.

Cara mencapai saranan
  1. Makan satu sajian ikan setiap hari dan pilih daripada pelbagai jenis ikan.
  2. Ikan air tawar boleh diambil diselang dengan ikan laut.
  3. Kurangkan pengambilan udang, ketam dan kerang-kerangan berbanding ikan.

 

Saranan Utama 2

Makan daging, ayam dan telur secara sederhana.

Cara mencapai saranan
  1. Makan hidangan daging atau ayam setiap hari.
  2. Pilih pelbagai jenis daging dan cara masakan.
  3. Makan telur secara sederhana, secara puratanya sebiji sehari (termasuk di dalam hidangan).

 

Saranan Utama 3

Amalkan cara memasak ikan, daging, ayam dan telur yang lebih sihat.

Cara mencapai saranan
  1. Hadkan menggoreng ikan, daging, ayam, telur dengan minyak yang banyak kerana ia akan meningkatkan kandungan lemak dan kalori dalam hidangan.
  2. Gunakan cara memasak yang menggunakan kurang lemak seperti mengukus, merebus, mereneh, membakar, memanggang dan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Buang lemak yang menitik keluar.
  3. Hadkan daripada menyalut atau menepung makanan kerana ia boleh menambah lemak dan kalori. Lebih banyak lemak atau minyak akan diserap semasa menggoreng.
  4. Gunakan herba, rempah ratus atau limau untuk menambah perisa masakan ikan, daging dan ayam berbanding menambahkan garam atau sos.
  5. Lembutkan daging dengan memerap atau masak secara perlahan seperti mereneh.

 

Saranan Utama 4

Pilih daging dan ayam yang rendah lemak dan kolesterol.

Cara mencapai saranan
  1. Kurangkan pengambilan lemak tepu dengan memilih bahagian daging dan ayam kurang lemak.
  2. Pilih bahagian daging yang kurang lemak (batang pinang). Buang sebanyak mungkin lemak yang kelihatan sebelum memasak.
  3. Pilih bahagian ayam tanpa kulit atau buang kulitnya sebelum memasak. Dada ayam tanpa kulit merupakan bahagian yang paling kurang lemak.
  4. Hadkan pengambilan organ dalaman.
  5. Jika mengambil makanan yang diproses, baca Panel Maklumat Pemakanan dan senarai ramuan pada bungkusan untuk memilih produk yang rendah lemak dan garam (natrium). Daging atau ayam yang diproses seperti daging luncheon dan sosej biasanya mengandungi kandungan lemak dan garam yang lebih tinggi.

 

Saranan Utama 5

Makan kekacang setiap hari.

Cara mencapai saranan
  1. Pilih pelbagai jenis kekacang dan dal serta produknya seperti tempe dan tauhu semasa menyediakan makanan.
  2. Tambah kekacang (kacang pis, kacang atau lentil) ke dalam sup dan lauk.

 

Saranan Utama 6

Ambil kacang dan biji-bijian dalam diet setiap minggu.

Cara mencapai saranan
  1. Pilih kacang sebagai snek atau tambahan dalam hidangan utama; sebagai contoh tambahkan kacang dalam hidangan sayur. Kacang dan biji-bijian dalam masakan untuk menggantikan daging atau ayam dan bukan sebagai pengganti tambahan.