Mesej Utama 7
 
Saranan Utama 1

Ambil susu dan produk tenusu setiap hari.

Cara mencapai saranan
  1. Tingkatkan pengambilan susu dengan menambah produk tenusu, yang rendah kandungan gula ke dalam makanan atau minuman.
  2. Tambahkan susu ke dalam oat, bijirin dan pudding berbanding menggunakan air.
  3. Pilih produk tenusu berbanding krimer bukan tenusu.
  4. Bagi individu yang perlu menurunkan berat badan, susu dan produk tenusu yang rendah lemak adalah pilihan yang lebih sihat.

 

Saranan Utama 2

Gantikan susu pekat manis dan susu isian pekat manis dengan susu dalam bentuk cecair atau tepung.

Cara mencapai saranan
  1. Seberapa boleh, gunakan susu tanpa perisa.
  2. Jangan tambah gula sekiranya memilih produk tenusu yang manis.