Mesej Utama 9
Minum enam hingga lapan gelas air kosong setiap hari.
Cara mencapai saranan
- Minum satu hingga dua gelas air kosong semasa sarapan pagi dan antara waktu makan.
- Pastikan air kosong boleh didapati pada bila-bila masa.
- Minum air kosong dengan kerap walaupun anda tidak berasa dahaga.
- Lebihkan sekurang-kurangnya dua gelas air daripada pengambilan biasa apabila melakukan aktiviti fizikal dan ketika banyak berpeluh.
Kekalkan pengambilan air daripada sumber makanan lain.
Cara mencapai saranan
- Ambil sup, minuman dan jus, sebaik-baiknya yang rendah gula dan lemak.
Elakkan minuman beralkohol.
Cara mencapai saranan
- Pilih jus sparkling tanpa alkohol untuk menggantikan minuman beralkohol.