Mesej Utama 10
 
Saranan Utama 1

Makan makanan yang rendah kandungan gula.

Cara mencapai saranan
  1. Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.
  2. Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.
  3. Kurangkan kekerapan mengambil makanan bergula.
  4. Elakkan daripada mengambil makanan yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.
  5. Semak kandungan gula pada label makanan dan perhatikan kedudukan gula dalam senarai ramuan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian atas senarai ramuan, ini menunjukkan bahawa gula adalah komponen utama dalam makanan tersebut.

 

Saranan Utama 2

Minum minuman yang rendah kandungan gula.

Cara mencapai saranan
  1. Pilih untuk minum air kosong berbanding air berkarbonat atau air manis seperti minuman ringan, sirap dan kordial.
  2. Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada satu sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman.
  3. Apabila memesan minuman, minta untuk dikurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis.
  4. Semak kandungan gula pada label minuman.
  5. Kurangkan pengambilan minuman yang bergula seperti air berkarbonat, kordial, cendol dan air batu campur (ABC).
  6. Elakkan daripada mengambil minuman yang bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur.