Mesej Utama 12
 
Saranan Utama 1

Buat persediaan untuk penyusuan susu ibu semasa kehamilan.

Cara mencapai saranan
  1. Bersedia dari segi mental untuk menyusukan bayi.
  2. Dapatkan maklumat mengenai penyusuan susu ibu daripada profesional kesihatan.
  3. Belajar teknik yang betul untuk menyusukan bayi.

 

Saranan Utama 2

Mulakan penyusuan susu ibu dalam tempoh satu jam selepas kelahiran.

Cara mencapai saranan
  1. Letakkan bayi atas dada ibu sekurang-kurangnya 10 minit agar mendapat sentuhan kulit.
  2. Rapatkan bayi ke payudara ibu untuk memulakan penyusuan dalam tempoh satu jam selepas bersalin.
  3. Dapatkan bantuan daripada jururawat atau doktor untuk memulakan penyusuan susu ibu.

 

Saranan Utama 3

Susukan bayi dengan kerap dan mengikut kemahuannya.

Cara mencapai saranan
  1. Biarkan ibu sentiasa berada dengan bayi supaya bayi boleh disusukan seberapa kerap yang dia mahu.
  2. Susukan bayi apabila dia menunjukkan tanda-tanda lapar (seperti membuka mulut, mencari payudara atau menangis).
  3. Susukan bayi siang dan malam, sekurang-kuranganya lapan hingga 12 kali sehari.
  4. Jangan beri puting tiruan kepada bayi yang menyusu dengan susu ibu melainkan atas nasihat doktor.

 

Saranan Utama 4

Berikan bayi berumur bawah enam bulan susu ibu sahaja tanpa minuman atau makanan tambahan.

Cara mencapai saranan
  1. Beri susu ibu sahaja kepada bayi berumur bawah enam bulan yang sihat dan normal.
  2. Jangan mula beri makanan atau minuman lain termasuk air kosong kepada bayi melainkan atas nasihat doktor.
  3. Perhatikan tanda-tanda bayi mendapat cukup susu seperti membuang air kecil enam hingga lapan kali sehari, membuang air besar setiap hari dan membesar mengikut berat badan normal.

 

Saranan Utama 5

Teruskan memberi susu ibu kepada bayi, walaupun jika bayi tidak bersama ibu.

Cara mencapai saranan
  1. Berlatih memerah susu ibu semasa cuti bersalin (sekurang-kurangnya dua minggu sebelum kembali bertugas).
  2. Semasa cuti bersalin, latih bayi untuk menyesuaikan diri dengan susu perahan semasa cuti bersalin.
  3. Simpan susu perahan dengan betul. Susu perahan yang disimpan di dalam peti sejuk selamat digunakan dalam tempoh lapan hari.
  4. Ambil cuti bersalin selama yang boleh.
  5. Aturkan agar bayi boleh ditempatkan di tempat jagaan yang berhampiran dengan tempat kerja, sekiranya boleh.
  6. Rancang jadual kerja supaya ibu mempunyai cukup masa untuk memerah susu.

 

Saranan Utama 6

Mulakan makanan pelengkap apabila bayi berumur enam bulan.

Cara mencapai saranan
  1. Jangan mulakan makanan pelengkap sebelum bayi berumur enam bulan.
  2. Teruskan penyusuan susu ibu sehingga bayi berumur dua tahun walaupun bayi sudah mengambil makanan pelengkap.

 

Saranan Utama 7

Ibu yang menyusukan bayi harus mendapatkan cukup rehat, makan dan minum untuk mengekalkan kesihatan.

Cara mencapai saranan
  1. Atur semula kerja-kerja rumah dan dapatkan tidur yang cukup.
  2. Makan makanan yang seimbang dengan tambahkan satu hidangan susu dan nasi atau bijirin lain.
  3. Minum sekurang-kurangnya lapan gelas minuman sehari.

 

Saranan Utama 8

Para suami dan ahli keluarga yang lain harus memberi sokongan kepada ibu-ibu yang menyusu.

Cara mencapai saranan
  1. Libatkan diri dalam semua aspek persediaan semasa kehamilan dan penjagaan selepas bersalin.
  2. Dapatkan bantuan praktikal untuk kerja-kerja rumah dan menjaga anak-anak yang lain semasa ibu sedang menyusukan bayi.
  3. Pastikan ibu mendapat makanan berkhasiat.
  4. Berikan lebih perhatian dan kasih sayang kepada ibu yang menyusu