Mesej Utama 14
 
Saranan Utama 1

Guna Panel Maklumat Pemakanan (PMP) untuk membantu membuat pilihan makanan.

Cara mencapai saranan
  1. Dapatkan maklumat tentang jumlah tenaga dan nutrien-nutrien lain yang terkandung di dalam produk yang ingin dibeli.
  2. Pertimbangkan bagaimana nutrien yang terkandung dalam makanan tersebut menyumbang kepada jumlah pengambilan nutrien harian.
  3. Bandingkan kandungan kesemua nutrien yang ada pada label sesuatu makanan daripada beberapa jenama dan bukan hanya menilai satu nutrien sahaja.

 

Saranan Utama 2

Guna akuan pemakanan secara bijak.

Cara mencapai saranan
  1. Guna akuan kandungan nutrien dan akuan perbandingan nutrien mengikut kesesuaian.
  2. Guna akuan tersebut bersama-sama dengan PMP semasa membuat pilihan produk makanan.
  3. Guna akuan fungsi nutrien bersama-sama dengan maklumat pemakanan daripada pelbagai sumber yang lain semasa membuat pilihan makanan.
  4. Perhatikan bahawa akuan fungsi nutrien tidak mencadangkan bahawa nutrien tersebut boleh menyembuh, mengubat atau melindung seseorang daripada penyakit.

 

Saranan Utama 3

Didik kanak-kanak cara menggunakan PMP.

Cara mencapai saranan
  1. Didik anak- anaksemasa membeli-belah di pasar raya.
  2. Tunjuk kepada mereka maklumat pemakanan pada label dan terangkan makna nutrien dan nilai yang dinyatakan.
  3. Biasakan kanak-kanak dengan maklumat pemakanan dari peringkat awal. Jadikan prinsip pemakanan sebagai panduan kepada mereka dalam memilih makanan yang lebih sihat sepanjang hayat.