Panduan Makan Secara Sihat
8 Tip Penyediaan Hidangan Sihat Semasa Perayaan Tahun Baru Cina
  1. Hidangkan pelbagai jenis sayur-sayuran semasa makan besar atau semasa meraikan tetamu. Sayur-sayuran mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.
  2. Hidangkan sumber makanan tinggi serat seperri beras perang atau roti bijirin penuh. Makanan ini juga mengandungi vitamin dan mineral.
  3. Utamakan hidangan ikan berbanding daging merah seperri daging lembu dan khinzir kerana ikan mengandungi kurang lemak dan kolesterol.
  4. Sediakan daging yang telah dibuang lemak atau ayam/ itik yang telah dibuang kulit kerana ianya lebih sihat.
  5. Masak makanan dengan kaedah yang lebih sihat seperti merebus, memanggang, mengukus atau menumis dengan minyak yang sedikit bagi mengurangkan kandungan minyak dan lemak.
  6. Gunakan herba dan rempah semula jadi atau buah kering untuk menggantikan penggunaan gula, garam dan sos dalam masakan.
  7. Hidangkan buah-buahan segar sebagai pilihan bagi pencuci mulut.
  8. Kurangkan menghidang minuman manis dan pastikan air kosong disediakan.

 

8 Tip Mengelakkan Pengambilan Makanan Secara Berlebihan
  1. Makan mengikut waktu. Elak melangkau waktu makan.
  2. Makan mengikut keperluan. Sekiranya anda ingin menikmati semua makanan yang dihidangkan semasa "makan besar", cukup hanya sekadar merasa sahaja setiap jenis makanan. Elak makan sehingga kenyang.
  3. Pilih menu dan kaedah memasak yang sihat seperti: kukus, rebus, sup, bakar atau goreng, dan gunakan sedikit minyak untuk menggoreng.
  4. Amalkan pemakanan yang seimbang. Contoh menu: 2 senduk nasi putih (100g), 1 keping daging (1003), 4 sudu sayur-sayuran (5Og) dan 1 keping tauhu (atau 2 sudu kekacang, 50g).
  5. Susun makanan di atas pinggan secara teratur. Elakkan menimbun makanan bagi mengurangkan makan secara berlebihan.
  6. Ambil hidangan makanan dalam sukatan yang kecil atau guna piring/ pinggan yang kecil.
  7. Apabila menghadiri jamuan ‘makan besar', ambil hidangan dalam saiz yang kecil.
  8. Nikmati makanan dan kunyah makanan secara perlahan-lahan.