Panduan Makan Secara Sihat
- Kurangkan penggunaan minyak sapi dalam masakan dan gantikannya dengan minyak sayuran.
- Kurangkan kandungan gula dalam penyediaan manisan tradisi seperti laddoo dan ghee urundai. Gunakan bahan pemanis semulajadi seperti kismis, ceri atau aprikot kering.
- Bagi makanan bergoreng seperti papadom dan vatthal, ia boleh juga dimask tanpa minyak dalam ketuhar.
- Sediakan makanan dalam saiz hidangan yang kecil.
- Sediakan daging kambing yang telah dibuang lemak atau ayam yang telah dibuang kulit sebelum dimasak.
- Hidangkan buah-buahan segar sebagai pilihan bagi pencuci mulut.
- Kurangkan menghidang minuman manis dan pastikan air kosong disedia untk tetamu.
- Makan dalam saiz hidangan atau kuantiti yang kecil.
- Pilih makanan yang rendah kalori seperti idli berbanding poori.
- Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng seperti muruku dan makanan manis seperti laddoo, atau ghee urundai.
- Utamakan air kosong dan kurangkan minuman berkarbonat dan kordial buah-buahan.
- Elakkan tabiat mengambil minuman beralkohol.
- Pilih buah-buahan sebagai pencuci mulut.
- Lakukan aktiviti fizikal secara berkala.