Mesej Utama 1
Saranan Utama 1

Pilih makanan harian anda daripada gabungan pelbagai makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia.

Cara mencapai saranan
  • Pilih makanan daripada lima kumpulan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia untuk memastikan anda mendapat semua nutrien yang diperlukan.
  • Pelbagaikan jenis makanan dalam setiap kumpulan makanan dalam hidangan anda.
  • Pilih caramemasak yang lebih sihat seperti mengukus, memanggang, membakar, merebus dan kurangkan menggoreng serta penggunaan santan dalam masakan.

 

Saranan Utama 2

Pilih saiz sajian yang disarankan mengikut keperluan kalori anda. Panduan berikut dapat membantu anda dalam menentukan bilangan sajian yang perlu anda ambil bagi mengekalkan berat badan. Ini berdasarkan jantina, tahap aktiviti fizikal dan status berat badan .

  1. Wanita yang tidak aktif dan warga emas memerlukan 1500 kkal.
  2. Kebanyakan kanak-kanak, remaja perempuan, wanita yang sederhana aktif dan lelaki yang tidak aktif memerlukan 2000 kkal sehari. Wanita hamil atau menyusukan anak mungkin memerlukan lebih tenaga.
  3. Lelaki aktif, wanita yang sangat aktif dan remaja lelaki memerlukan 2500 kkal sehari. Begitu juga dengan lelaki dan wanita yang kurang berat badan.

Cara mencapai saranan

  • Pelbagaikan jenis makanan dalam kumpulan makanan yang sama kerana ia boleh ditukar ganti.
  • Mempelbagaikan jenis makanan setiap hari seperti yang disarankan dalam Piramid Makanan Malaysia, dapat membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Oleh yang demikian, bagi kebanyakan orang suplemen nutrien tidak diperlukan.