Mesej Utama 2
Kekalkan berat badan dalam lingkungan yang sihat dengan mengimbangkan pengambilan kalori dengan aktiviti fizikal. Indeks Jisim Tubuh (IJT) dalam lingkungan yang sihat iaitu 18.5 hingga 24.9kg/m2.
Cara mencapai saranan
- Makan mengikut saranan kalori berdasarkan umur, jantina dan tahap aktiviti fizikal anda.
- Lakukan aktiviti fizikal setiap hari.
- Kurangkan aktiviti sedentari (tidak aktif ).
Timbang berat badan secara berkala sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Cara mencapai saranan
- Gunakan alat penimbang yang sesuai.
- Pakai pakaian ringan dan tidak berkasut semasa timbang berat badan.
- Timbang berat badan anda pada waktu yang sama, sebaik-baiknya sebelum mengambil sarapan pagi.
Sekiranya anda seorang dewasa, elakkan peningkatan berat badan walaupun secara perlahan-lahan.
Cara mencapai saranan
- Kurangkan pengambilan makanan yang berkalori tinggi.
- Makan sajian berkalori tinggi dalam saiz sajian yang lebih kecil.
- Tingkatkan aktiviti fizikal untuk meningkatkan penggunaan tenaga harian.
Sekiranya berlebihan berat badan, sasarkan penurunan secara perlahan dan tetap.
Cara mencapai saranan
- Tetapkan matlamat penurunan berat badan yang realistik iaitu ½ hingga 1 kg seminggu.
- Kurangkan pengambilan kalori tanpa menjejaskan nutrien yang lain.
- Tingkatkan aktiviti fizikal harian secara beransur-ansur sehingga mencapai 90 minit.
Sekiranya kurang berat badan, tingkatkan pengambilan kalori mengikut saranan.
Cara mencapai saranan
- Makan tiga hidangan utama dan satu hingga tiga snek sehari.
- Pilih makanan yang berkalori tinggi.
- Makan makanan dalam saiz sajian yang lebih besar.