Mesej Utama 4
Makan sekurang-kurangnya empat hidangan bijirin sehari.
Cara mencapai saranan
- Makan nasi atau makanan bijirin lain setiap waktu makan utama.
- Pilih snek berasaskan bijirin.
- Ubi-ubian boleh diambil sebagai gantian kepada nasi atau produk bijirin.
Pilih makanan yang mengandungi bijirin penuh a sekurang-kurangnya separuh daripada kumpulan bijirin yang diambil.
Cara mencapai saranan
- Masak beras putih bercampur beras perang.
- Pilih roti, biskut dan produk bijirin yang mengandungi bijirin penuh sebagai gantian.
- Gunakan bijirin penuh seperti oat dan barli sebagai pelikat untuk sup.
- Baca label makanan untuk mengetahui kandungan bijirin penuh.
Pilih produk bijirin yang rendah lemak, gula dan garam serta tinggi fiber.
Cara mencapai saranan
- Pilih bijirin sarapan pagi yang tinggi fiber seperti oat.
- Pilih biskut tinggi fiber yang rendah lemak, gula dan garam.