Mesej Utama 5
Makan pelbagai jenis buah-buahan setiap hari.
Cara mencapai saranan
- Makan pelbagai jenis buah-buahan dalam setiap hidangan.
- Buah-buahan sama ada segar, ditin, kering atau dalam bentuk 100% jus tanpa gula dan bahan pengawet adalah disyorkan.
Makan pelbagai jenis sayur-sayuran setiap hari.
Cara mencapai saranan
- Makan sayur-sayuran berdaun hijau seperti sawi dan kailan dengan batangnya beberapa kali seminggu, sebaik-baiknya setiap hari.
- Makan sayur-sayuran yang pelbagai warna semasa makan tengah hari dan makan malam.
- Makan sayur-sayuran buah seperti lada benggala (capsicum), peria dan petola beberapa kali seminggu.
- Sayur-sayuran sama ada sayur-sayuran segar berdaun hijau, sayur-sayuran pelbagai warna, sayur-sayuran berbuah, sayur-sayuran kekacang, ulam-ulaman, sayur-sayuran dalam tin atau sejuk beku adalah disyorkan.
Makan sekurang-kurangnya lima sajian buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
Cara mencapai saranan
- Makan sekurang-kurangnya tiga sajian sayur-sayuran dan sekurang-kurangnya dua sajian buah-buahan setiap hari.
- Makan sekurang-kurangnya satu sajian buah dan satu sajian sayur setiap kali waktu makan.
- Jus buah boleh menggantikan buah-buahan tetapi melebihi satu sajian buah.