« Kembali
Good Start
Yee Sang

Bahan A :

  • 100g Sengkuang (diparut)
  • 40g Lobak Merah (dihiris)
  • 40g Daun Salad hijau (dihiris)
  • 40g Daun Salad ungu (dihiris)
  • 40g Mangga separuh masak (dihiris)
  • 10g Ketumbar
  • 40g Limau Bali
  • 20g Rumpai laut (dipotong Halus)
  • 50g Kacang Tanah (ditumbuk kasar)
  • 30g Bijan
  • 20g Emping Jagung

Bahan B :

  • 50ml Jus Buah Naga Merah
  • 1 biji Limau Kasturi
  • 4 sudu besar Sos Plum

Cara Memasak :

  1. Ambil 40g hirisan sengkuang dan rendam ke dalam 50ml jus buah naga. Selepas sengkuang menjadi merah, toskan sengkuang.
  2. Campurkan kesemua bahan yang telah dihiris dan susun ke dalam pinggan yang besar. Taburkan rumpai laut, kacang tanah, bijan dan emping jagung.
  3. Kemudian, gaulkan sos plum dan perahan limau kasturi ke dalam semua bahan tersebut. Makanan sedia dihidang.
1 hidangan = 2 sudu besar (40g)
Kalori : 60 kcal Karbohidrat : 9.0 g
Protein : 2.5 g Lemak : 3.5 g