« Kembali
Good Luck
Ubi Keledek Gulung Bersama Serunding Ayam

Bahan A :

  • 3 keping Fucuk
  • 30g Lobak Merah (dihiris)
  • 30g Sengkuang (dihiris)
  • 30g Ubi Keledek Ungu
  • 30g Alfafa
  • 3 keping Rumpai Laut
  •  
  •  
  • Bahan B :
  •  
  • 1 biji putih telur
  • 100g Serbuk roti
  • 1 sudu makan Tepung gandum

Cara Memasak :

  1. Kukuskan ubi keledek ungu sehingga lembut dan lecekkan.
  2. Campurkan ubi keledek yang dilecek dengan serunding ayam. Kemudian digulung dengan helaian rumpai laut.
  3. Letakkan hirisan lobak merah, hirisan sengkuang, gulungan rumpai laut dan alfafa di atas helaian fucuk.
  4. Gulungkan fucuk beserta inti seperti cara membuat sushi.
  5. Celupkan gulungan fucuk dalam putih telur, kemudian salut dengan serbuk roti dan tepung gandum.
  6. Goreng sehingga berwarna keperangan.
  7. Potong dan hidangkan.
1 hidangan =1 keping (25g)
Kalori : 35 kcal Karbohidrat : 3.8 g
Protein : 2.6 g Lemak : 1.0 g