« Kembali
Prosperity
Sayur Labu Bersama Cendawan

Bahan :

  • 10 hirisan Sayur labu (hairy gourd)
  • 10 kuntum Brokoli
  • 10 Cendawan Eryngii
  • 10g Wolfberries
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • 1 sudu teh Gula
  • 300ml Stok Ayam
  • 2 sudu besar Tepung jagung (dibancuh)

Cara Memasak :

  1. Potong bahagian atas cendawan eryngii dan ketepikan. Hiris tangkai eryngii.
  2. Kukus sayur Iabu dan brokoli sehingga lembut.
  3. Didihkan stok ayam dan tambah sos tiram dan gula serta hirisan tangkai cendawan eryngii.
  4. Masukkan sedikit serbuk jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Kemudian tambah Wolfberries.
  6. Susun sayur Iabu dan brokoli di atas pinggan. Letakkan cendawan eryngii pada sayur Iabu dan tuangkan kuah di atas pinggan.
  7. Hidangkan semasa panas.
1 hidangan = 1 potong (80g)
Kalori : 30 kcal Karbohidrat : 1.5 g
Protein : 0.8 g Lemak : 0.2 g