« Kembali
Gong Xi Fatt Cai
Ayam Bersama Hair-Like Seaweed

Bahan A :

  • 300g Isi ayam
  • 15g Hair-like seaweed
  • 50g Siew Pak Choy - dipotong dadu
  • 15g Daun bawang - dicincang
  • 15g Ketumbar - dicincang
  • 15g Cendawan - dikisar
  •  
  •  
  • Bahan B :
  •  
  • 1/2 Garam
  • 1/2 biji Putih telur
  • 1/2 sudu besar Kicap Pekat
  • 1/2 sudu besar Tepung Ubi
  •  
  •  
  • Bahan C :
  •  
  • 1 sudu besar Sos Tiram
  • 1/2 sudu besar Kicap
  • 1/2 sudu teh Gula
  • 150ml Sup Sayur

Cara Memasak :

  1. Cincang halus ayam, siew pak choy, daun bawang, ketumbar dan cendawan.
  2. Campurkan kesemua bahan yang dicincang dan masukkan Bahan B. Gaulkan sehingga sebati.
  3. Bahagikan kepada 10 bahagian dan bentukkan menjadi bebola. Kukus bebola tersebut selama 10 minit.
  4. Dalam periuk berasingan, didih kesemua Bahan C dan masukkan hair-like seaweed.
  5. Tuang campuran Bahan C di atas bebola yang sudah dikukus dan hidangkan.
1 hidangan = 1 ketul (40g)
Kalori : 60 kcal Karbohidrat : 3.0 g
Protein : 7.4 g Lemak : 2.0 g