Ayam Rendang dan Ketupat Nasi
|
(10 hidangan)
|
Bahan:
|
Cara Memasak
- Panaskan minyak masak, kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisar (bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas dan cili kering)sehingga naik bau.
- Masukkan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, ketumbar dan serbuk kunyit.
- Masukkan susu cair dan kacau.
- Masukkan daging ayam dan kacau perlahan-lahan. Apabila sebati, masukkan kerisik.
- Akhir sekali, masukkan daun kunyit, daun limau purut dan garam secukup rasa.
- Biarkan sehingga daging ayam empuk.
- Hidangkan.
| 1 hidangan (1 ketul) = 100g | |
| Tenaga : 195 kcal | Karbohidrat : 11.8g |
| Protein : 11.7g | Lemak : 10.9 g |
* Santan digantikan dengan susu sejat untuk mengurangkan kandungan lemak dalam rendang ayam.









