Kerabu Sepakatan

(6 hidangan)

Bahan:
  • 1 biji timun
  • 1 biji lobak merah
  • 150 gram bunga kobis
  • 1 pelepah saderi
  • 1 biji lada merah
  • 1 labu bawang merah (bersaiz sederhana)
  • 6 biji limau kasturi (jus)
  • Garam (secukup rasa)
  • Secubit gula (jika suka)
  • 50 gram udang kering
    (direndam dan ditumbuk)
  • 20 gram kacang tanah
    (digoreng dan ditumbuk)
  •  
Cara Penyediaan:
  1. Timun (buang biji) dan lobak merah dihiris bersaiz 2.5 cm panjang
  2. Bunga kobis dan saderi dihiris nipis, ikut suka.
  3. Bawang besar dan lada merah dihiris nipis.
  4. Gaulkan kesemua sayur yang telah dihiris bersama
  5. udang kering. Kemudian perahkan jus limau kasturi.
  6. Taburkan kacang tanah dan sedia untuk dihidangkan.