Kerabu Pucuk Mengkudu 1Malaysia

(6 hidangan)

Bahan:
  • Secekak pucuk mengkudu
  • 2 ekor ikan kembong - isi sahaja
  • 2 biji bawang merah
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1/2 cawan kacang dal - direbus
  • 1/4 cawan susu rendah lemak
  • 4 biji cili padi
  • 2 batang kecil daun ketumbar
  • 1/2 biji limau nipis (jus)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 keping besar black fungus
    (direndam dan dihiris halus)
 
Cara Penyediaan:
  1. Daun mengkudu dimayang halus sebelum dicelur dan kemudian toskan airnya.
  2. Tumbuk isi ikan dan digoreng tanpa minyak hingga garing (ketepikan).
  3. Masukkan kelapa parut, isi ikan, bawang merah, cili padi, kacang dal dan sedikit black fungus (dihiris halus) kemudian gaulkan semua bahan-bahan di atas hingga sebati.
  4. Masukan susu rendah lemak, garam, gula dan perahan jus limau agar rasa seimbang.
  5. Taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.
  6. Sedia untuk dihidangkan.