Kerabu Muafakat

(6 hidangan)

Bahan:
  • 4 kuntum bunga kantan dihiris halus
  • 4 batang serai dihiris halus
  • 5 biji bawang merah dihiris halus
  • 1/2 labu bawang besar dihiris halus
  • 7 biji cili padi dihiris halus
  • 6 biji limau kasturi (jus)
  • 60 gm ikan bilis digoreng sehingga rangup
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
  1. Bungan kantan, serai, bawang merah, cili padi dihiris halus seperti bunga rampai.
  2. Satukan semua bahan-bahan yang telah dihiris dalam mangkuk.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa dalam perahan jus limau kasturi.
  4. Masukkan campuran jus limau kasturi ke dalam mangkuk tadi dan gaul sehingga rata.
  5. Taburkan ikan bilis yang telah digoreng sejurus menghidang.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
Kandungan Nutrien Setiap 1 Hidangan (50g)
Kalori: 52.8 kcal Karbohidrat: 5.4 g
Protein: 2.6 g Lemak: 2.4 g