Kerabu Harmoni

(10 hidangan)

Bahan:
  • 5 batang kacang botol diracik sederhana nipis
  • 2 biji mangga muda diparut kasar
  • 3 biji limau kasturi (jus)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 5 batang kacang panjang dihiris nipis
  • 1 biji kecil sengkuang diparut kasar
  • 5 batang daun pudina
  • 3 biji cili padi diracik sederhana nipis
  • 1/2 biji betik muda dibuang (kulit dan diparut kasar)
  • Segenggam ikan bilis digoreng tanpa minyak - (ditumbuk sederhana halus)
  • 1/2 sudu teh lada hitam digoreng tanpa minyak- (ditumbuk sederhana halus)
  • 5 sudu makan kelapa parut - (goreng tanpa minyak)
 
Cara Penyediaan :
  1. Masukkan kacang botol, mangga muda, betik muda, kacang panjang dan sengkuang dalam mangkuk. Gaul sehingga rata.
  2. Kemudian, masukkan ikan bilis, lada hitam, cili padi, kelapa goreng, jus limau kasturi.
  3. Kacau sebati.
  4. Sedia untuk dihidangkan.
Kandungan Nutrien Setiap 1 Hidangan (50g)
Kalori: 28.0 kcal Karbohidrat: 3.8 g
Protein: 2.6 g Lemak : 15.4 g