Kerabu Aneka 1Malaysia

(8 hidangan)

Bahan A:
  • 1 kilogram kerang isi - direbus
  • 1 ikat daun pegaga
  • 1 biji sengkuang
  • 1 ikat kecil kacang panjang
  • 1 biji lobak merah
  • 1/2 biji kobis cina
  • 6 biji cili merah
  • 6 biji cili hijau
  • 6 biji bawang merah
  • 4 labu bawang besar

 

Bahan B:

  • 1/2 tangkai bunga kantan
  • 2 batang kecil daun ketumbar
  • 2 sudu makan kacang tanah goreng

Bahan C :

  • Limau nipis (jus)
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan :
  1. Masukkan semua bahan A dalam mangkuk.
  2. Kemudian masukkan bahan B.
  3. Gaul rata kesemua bahan
  4. kemudian masukkan jus limau nipis, garam dan gula secukup rasa.
  5. Sedia untuk dihidangkan.
Kandungan Nutrien Setiap 1 Hidangan (50g)
Kalori: 21.7 kcal Karbohidrat : 3.1 g
Protein: 1.8 g Lemak: 0.2 g