Kerabu Samudera Gemilang

(8 hidangan)

Bahan-bahan:
  • 20 gram daun pegaga
  • 20 gram daun selom
  • 10 gram daun pudina
  • 1/2 biji sengkuang
  • 5 biji tomato kecil
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1/2 biji mangga
  • 1/4 biji betik
  • 5 ekor udang
  • 1 ekor sotong
  • 20 gram kacang tanah
  • 2 gram beras hancur
  • 1 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 biji limau kasturi (jus)
  • 1/2 sudu makan gula perang
  • Secubit garam
Cara Penyediaan :
  1. Basuh kesemua bahan dan toskan.
  2. Beras digoreng tanpa minyak hingga keperangan. Kisar beras sehingga hancur.
  3. Goreng kacang tanpa minyak dan kisar hingga halus.
  4. Didihkan air, kemudian masukkan sotong dan udang selama 1 minit.
  5. Hiriskan kesemua sayur-sayuran.
  6. Gaul kesemua bahan sehingga sebati.
  7. Sedia untuk dihidangkan.
Kandungan Nutrien Setiap 1 Hidangan (50g)
Kalori: 82.33 kcal Karbohidrat: 15.46 g
Protein: 6.7 g Lemak: 2.6 g