Kerabu Cinta 1Malaysia

(10 hidangan)

Bahan-bahan:
  • 30 ekor udang - direbus
  • 6 batang serai
  • 5 biji tomato
  • 1 labu bawang besar
  • 6 biji cili padi
  • 2 ikat daun salad
  • 1 biji lada Benggala hijau
  • 150 gram kacang tanah - digoreng dan tumbuk
  • 50 gram ikan bilis - digoreng
  • 1 ikat daun selom
  • 5 batang kacang panjang - direbus
  • 3 biji ubi kentang - dipotong dan direbus
  • 3 biji limau nipis
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan :
  1. Kesemua bahan dipotong kecil atau dihiris.
  2. Gaulkan kesemua bahan bersama garam, gula, jus
  3. perahan limau nipis secukup rasa.
  4. Sedia untuk dihidangkan.
Kandungan Nutrien Setiap 1 Hidangan (50g)
Kalori: 77.4 kcal Karbohidrat: 3.7 g
Protein: 6.5 g Lemak: 4.1 g