Kerabu Awet Muda

(10 hidangan)

Bahan-bahan:
  • 1/2 paket rumpai laut - direndam semalaman
  • 2 biji tomato - dipotong dadu
  • 6 batang kacang panjang - diracik halus
  • 5 batang cili padi - dihiris halus
  • 1 biji limau nipis - jus
  • 1 labu bawang besar - dihiris halus
  • Secubit garam
 
Cara Penyediaan :
  1. Gaul rumpai laut, tomato, kacang panjang, cili padi dan bawang besar sehingga rata.
  2. Perahkan jus limau nipis dan campurkan secubit garam.
  3. Gaul lagi sehingga rata.
  4. Sedia untuk dihidangkan.
Kandungan Nutrien Setiap 1 Hidangan (50g)
Kalori: 33.1 kcal Karbohidrat: 6.7 g
Protein: 0.9 g Lemak: 0.3 g