Kerabu Hujan Panas
(5 hidangan)
Bahan-bahan:
  • 1 cekak daun pucuk pegaga
  • Segenggam taugeh
  • 3 sudu teh kerisik
  • 1 cawan kerang - direbus dan dikopek
  • 1 biji limau nipis (jus)
  • 3 batang cili merah
  • 1 labu bawang besar - dihiris halus
  • 1 sudu teh gula
  • Secubit garam
Cara Penyediaan :
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut dan secubit garam.
  2. Gaul sehingga rata.
  3. Sedia untuk dihidangkan.
Kandungan Nutrien Setiap 1 Hidangan (50g)
Kalori: 51.9 kcal Karbohidrat: 6.0 g
Protein: 1.7 g Lemak: 2.5 g