Kerabu Malaysiaku Berdaulat

(6 hidangan)

Bahan A:
  • 1 biji manga muda - disagat halus
  • 5 ekor ikan masin gelama - bersaiz kecil
  • 5 biji cili padi
  • Gula secukup rasa

Bahan B :

  • 1/3 biji betik - disagat halus
  • 3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 2 biji limau nipis (jus)
  • 1 sudu teh gula
  • 4 batang kacang panjang - dihiris halus
  • 50 gram suhun - dicelur
  • 1 keping vadai
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 sudu makan kacang tanah - digoreng tanpa minyak dan tumbuk halus
  •  
Cara Penyediaan :
  1. Tumbuk ikan masin bersama cili padi.
  2. Kemudian gaul bahan-bahan yang ditumbuk bersama buah mangga dan masukkan gula secukup rasa.
  3. Masukkan bahan B dan gaul sehingga rata.
  4. Sedia untuk dihidangkan.
Kandungan Nutrien Setiap 1 Hidangan (50g)
Kalori: 78.2 kcal Karbohidrat: 10.9 g
Protein: 3.2 g Lemak: 2.4 g