Koktel Buah-Buahan Segar

(6 hidangan)

Bahan :
  • 1 tin laici
  • 500 ml air
  • 1 potong buah betik
  • 1/2 biji buah mangga
  • 1/2 biji buah epal merah
  • 1/2 biji buah belimbing
Cara Penyediaan :
  1. Potong buah-buahan kepada saiz yang kecil.
  2. Campurkan air laici dan air ke dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan buah-buahan yang telah dipotong dan ketulan ais ke dalam campuran air.
  4. Sedia untuk dihidang.
1 hidangan = 140 g
Tenaga : 60 kcal Karbohidrat : 14.0 g
Protein : 0.9 g Lemak : 0.1 g