Agar-Agar Buah Naga

(6 hidangan)

Bahan :

  • 10 g serbuk agar-agar
  • 200 g gula
  • 1 biji buah naga - dikisar
  • 900 ml air - asingkan 200 ml untuk mengisar buah naga

Cara Penyediaan :

  1. Masak gula dengan air hingga mendidih.
  2. Kisar buah naga dengan air yang telah diasingkan dan campurkan ke dalam air gula.
  3. Masukkan serbuk agar-agar dan masak lebih kurang 5 minit.
  4. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan kegemaran.
  5. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.
1 hidangan = 60 g
Tenaga : 40 kcal Karbohidrat : 9.8 g
Protein : 0.2 g Lemak : 0.1 g
* Hidangan ini tinggi dengan kandungan vitamin C dan tinggi serat.