Puding Buah Mangga

(10 hidangan)

Bahan :
  • 10 g serbuk agar-agar
  • 2 1/2 cawan air
  • 5 sudu besar gula
  • 200 ml susu cair
  • 500 g isi mangga harum manis masak
    (300 g dikisar dan 200 g dipotong dadu)
  • 120 ml air
    (untuk dikisar bersama mangga)
Cara Penyediaan :
  1. Satukan air, gula dan serbuk agar-agar di dalam periuk.
  2. Kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  3. Angkat periuk dari api. Tuang isi mangga yg dikisar halus tadi, dan kacau dengan hingga rata, kemudian masukkan susu cair, kacau hingga sebati.
  4. Isikan mangga yang telah dipotong dadu ke dalam acuan dan tuangkan puding yang telah dimasak.
  5. Simpan dalam peti sejuk selama 1-2 jam atau hingga sedikit keras sebelum dihidangkan.
1 hidangan = 60 g
Tenaga : 45.0 kcal Karbohidrat : 7.1 g
Protein : 1.2 g Lemak : 1.0 g
* Hidangan ini tinggi vitamin C dan tinggi serat.