Muffin Labu Bijirin Penuh

(10 hidangan)

Bahan :
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung bijirin penuh
  • 1 1/2 cawan puri labu
  • 3/4cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat

 

Cara Penyediaan Puri Labu:
  1. Labu dikupas dan potong dadu.
  2. Kukus sehingga empuk lebih
  3. kurang 15 minit.
  4. Lenyekkan.
 
Cara Memasak :
  1. Ayak tepung gandum dan soda bikarbonat. Ketepikan.
  2. Putar minyak jagung dan gula sehingga sebati.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lebih kurang 3 minit.
  4. Masukkan puri labu yang telah disediakan dan kacau adunan hingga sebati.
  5. Masukkan tepung gandum yang telah diayak dan tepung bijirin penuh.
  6. Masukkan dalam acuan muffin dan bakar pada suhu 160 darjah Celsius selama 20 minit.
  7. Sedia untuk dihidang.
 
1 hidangan = 65 g
Tenaga : 215 kcal Karbohidrat : 25.3 g
Protein : 3.8 g Lemak : 10.8 g
* Hidangan ini tinggi serat kerana penggunaan tepung bijirin penuh dan puri labu.